Rabu, 13 April 2016

Detox Secara Alami

#6 Kurangkan Pengambilan Gula

Jika anda consume banyak gula, anda memaksa tubuh mengeluarkan lebih insulin dimana pankreas perlu bekerja lebih keras. Dalam jangkamasa yang panjang, badan akan mengalami keletihan melampau, diabetes, meningkatkan risiko kanser dan mengakibatkan berat badan berlebihan. 

Mengurangkan gula dalam pengambilan harian dapat meningkatkan kesihatan anda, mengurangkan toksin dalam badan juga meningkatkan metabolisma badan. 

#TheRichTitan
#LiveAmazing
#LionizeFighters
#JomDetox

Selasa, 12 April 2016

Detox Secara Alami

#5 Berus Kulit Anda
Tahu tak kulit ada adalah termasuk organ detox? Dengan memberus kulit anda, dapat membuang sel kulit mati dan juga memberi jalan menghasilan sel kulit yang baru. 
Ia juga merangsang peredaran darah, sistem limfa dan menghapuskan sisa toksin. Ia juga membuka liang kulit untuk merembeskan peluh dan sisa toksin yang lain. 

Kulit adalah sebenarnya  terakhir untuk menerima nutrien dari badan, tetapi ia adalah yang pertama untuk menunjukkan tanda-tanda ketidakseimbangan. Contohnya penghasilan jerawat, atau kulit yang bermasalah sebenarnya memberitahu keadaan dalaman anda sedang mengalami masalah. 

Jangan mandi kerbau tau!

#TheRichTitan
#LiveAmazing
#LionizeFighters
#JomDetox

Detox Secara Alami

#4 Pernafasan Mendalam (deep breathing) 

Oksigen sangat penting untuk tubuh dalam proses penyerapan vitamin dan nutrisi. Bernafas secara mendalam (deep breathing) membolehkan sistem penyerapan badan lebih efisien. Pernafasan mendalam juga mengejas sistem limfa seterusnya membantu proses detoksifikasi. 

Walaupun bernafas adalah proses automatik, kebanyakkan kita tidak menfaatkan sepenuhnya sistem ini. Luangkan masa beberapa minit  dalam sehari untuk fokus bernafas secara mendalam yang mana penting untuk kesihatan anda. 

#TheRichTitan
#LiveAmazing
#LionizeFighters
#JomDetox

Isnin, 11 April 2016

Detox Secara Alami

#3 Lakukan Senaman

Senaman bukan sahaja buat anda rasa lebih segar atau aktif tetapi membantu dalam proses detoksifikasi semulajadi. 
Senaman menggalakkan proses detox dengan merangsang keseluruhan sistem badan. Apabila kita senaman, darah akan berjalan lancar untuk membawa oksigen dan nutrien ke seluruh organ dan otot. 

Peluh yang dihasilkan mengelurkan toksin melalu ruang roma kulit. Sangat penting untuk membersihkan diri selepas selesai bersenam untuk menghilangkan toksin yang dikeluarkan dari tubuh melalui kulit. 

#TheRichTitan
#LiveAmazing
#LionizeFighters
#JomDetox

Detox Secara Alami

#2 Minum Air Kosong !

Air membantu sel badan dan organ membuang sisa toksin dalam tubuh. Oleh tu sangat penting untuk kita memastikan badan sentiasa terhidrat semasa proses detox berlaku. 

Pastikan anda minum air yang bersih dan ditapis. Jika kita berasa dahaga kemungkinan badan sudah kekurangan air.

Minum air secara berterusan sedikit-sedikit sepanjang hari untuk memastikan proses detoksifikasi berjalan lancar!

#TheRichTitan
#LiveAmazing
#LionizeFighters
#JomDetox