Selamat pagi.
..
Kita semua tahu akan kepentingan susu ibu.
..
Berikut adalah SEBELAS sebab mengapa susu ibu ini penting untuk diberikan kepada bayi terutamanya bayi berumur ENAM bulan dan ke bawah.
=============================================
1. Susu ibu membekalkan nutrien terbaik
dalam kadar yang mencukupi untuk bayi anda.
Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
2. Kolostrum dalam ASI dapat membantu menguatkan sistem imuniti bayi anda.
3. Kolostrum juga membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan penyakit seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.
4. Berbagai masalah alahan seperti
asma, ekzema dan kolik bayi dapat dicegah.
5. Nutrien tertentu dalam ASI membantu
dalam perkembangan otak bayi. Oleh itu, ia dapat membantu dalam meningkatkan
kecerdikan anak anda.

6. ASI tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan
lain. Maksudnya, ASI adalah BERSIH dan SIHAT.
7. ASI juga senang dihadam oleh usus bayi. Maka tidak hairanlah sekiranya bayi anda MUNGKIN hanya "berak" sekali dalam beberapa hari. Selain itu, ketidakselesaan perut bayi juga dapat dikurangkan.
9. ASI adalah PERCUMA. Tidak perlu dibayar.
10. Pemberian ASI juga didapati memberi
keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
11. Dan sebab
yang UTAMA adalah, proses penyusuan memberi peluang kepada ibu dan anak untuk
berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan
anak.
..
Harus diingat, si ibu juga harus menjaga DIRI dengan menCUKUPkan nutrisi penting dalam diri sendiri terlebih dahulu.
..
Sekarang, terpulang kepada para ibu di luar sana untuk membuat keputusan.
..
Pilihan di tangan anda ibu-ibu sekalian.
..
Saya memilih YA kepada penyusuan ASI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan