hello semua.. hari ini saja2 ni mau menulis.
hmmm seawal pagi tadi (bukanlah awal sangat pun) ketika sedang menuju ke mesin 'thumbprint' kami-orang, tiba-tiba terdengar nama ku dipanggil. ohohoho.. terkejut? mungkin sedikit. tetapi apa yang akan diceritakan sebentar lagi lebih mengejutkan diri ku.
ku toleh ke belakang. oo! rupa-rupanya kak. N (bukan nama sebenar) memang benar sedang menuju ke arah ku.
'hmmm sebenarnya apa ya?', terlintas sebentar di benak fikiranku. seperti biasa, ucapan ''selamat pagi kak...'' disertai dengan senyuman manisku (ikhlas tau!) apabila dia semakin menghampiri.
''alice boleh jadi M.C untuk majlis perasmian seminar 1Malaysia nanti?", katanya sambil tersenyum manis dengan sedikit sentuhan di bahu ku.
"m.c kak?" balasku yang sebenarnya dalam keadaan agak terkejut dengan pertanyaannya. bukannya apa, sedangkan untuk majlis biasa, atau acara kecil juga tidak pernah saya kendalikan, inikan pula majlis besar gah seperti ini.. dihadiri oleh orang-orang kenamaan 'seMalaysia'.. "uhhh!!" terasa sedikit suntikan jarum di sanubari ku.
"ya. jadi m.c. akak bukan tak mahu, tapi pada masa tu akak bertugas sebagai 'floor manager' jadi lebih eloklah kalau alice yang jadi m.c masa tu"..
dengan penuh bersungguh dia memujuk untuk saya sudi untuk menjadi m.c majlis tersebut. setelah sempat 'diuji bakat' pada sesi perbualan tadi, maka saya bersetuju untuk menjadi m.c menggantikan m.c sebenar yang menarik diri akibat komitmen yang lebih penting untuk dihadirinya pada masa majlis tersebut dijalankan.
..........................................................................................................................................................................
beberapa persoalan timbul sekarang:
1. ohohohohoho... dapatkah sy menjalankan tugas yg diberikan itu dgn baik ya?
2. sekiranya teks yang sepatutnya dibaca, hilang.. bagaimana?
3. ....
ada byk lagi sebenarnya.. tapi.. tunggulah. semoga 1hb nov ini akan membuka peluang baru kepada saya untuk terus bergiat dlm 'bidang' pengacaraan majlis. semoga!
tunggu & lihat kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan