Selasa, 24 September 2013

Sunshine Kena Jarum.. Suntikan Vaksin Pneumokokal. Apa itu?

Hello.
Hari ini berjaya bawa Sunshine (panggilan baby Abram semenjak dalam kandungan lagi) ke klinik untuk suntikan vaksin pneumokokal.  Cara sebut ialah NIU-MO-KO-KAL ya.  Walaupun terlambat tahu tentang vaksin ini, tapi itu tidak menghalang diri untuk membawa baby ke klinik.

Sebenarnya, vaksin ini sendiri pun saya baru tahu sabtu lepas (21 sept 2013) selepas membaca blog ini.Jadi selepas tahu, takkan diam-diam. Hatiku sudah tidak keruan. Masuk dalam mimpi pula. Palis-palis!! Siapa tidak mau jaga baby kan.

Melalui pembacaan dalam cerita ini, maka bolehla dijadikan rujukan saya tentang apa tu pneumokokal.

OK! Seperti yang diketahui ramai, vaksin ini tidak murah ya. Nasib masih mampu (esok kan hari gaji masuk.. hehe :) ). Buktinya boleh lihat gambar di bawah ni.


Ops! Jangan salah sangka pula. Bukan semua suntikan vaksin harganya begini ya. Bergantung pada klinik juga tu. Dalam kes ini, saya diberi 2 pilihan. Beginilah antara perbualan kami.

Doktor: Hello...
Momma: Hi doktor...
Doktor: Baby sakit apa?
Momma: Oooo, dia sihat saja doktor. Cuma kami datang ni sebab mau minta suntikan vaksin "pi-ni-yu-ko-kol"?
Doktor: Oooo "ni-yu-ko-kal"..
Momma: Ya! Ya! Itulah tu.
Doktor: Yang mana 1 kamu mau? Ada 2 jenis ni di sini.
Momma: Oooo.. "habislah mahal ni"--> dalam hati saja aa.
Doktor: Ada 10, ada 13. Yang vaksin untuk 10 penyakit RM150.
Momma: "harap-harap yang 13 dalam RM200 ke bawah" --> pun dalam hati saja aa.
Doktor: Yang 13 pula, mahal siiiiiiiiiiikit. RM240.
Momma: OMG (pun dalam hati). Tapi senyum juga sama doktor.
Doktor: Jadi mana kamu mau?

Tuuut Tuuuut Tuuutttttt... Dipendekkan cerita. Akhirnya saya pilih juga yang vaksin 13.

Ok!
Suntikan pertama: 24 september 2013.
Suntikan kedua: 2 bulan dari vaksin pertama.
Suntikan ketiga: ketika baby abram berumur 15 bulan.

Walaupun setiap suntikan ini akan terus dikenakan cas yang sama, selagi terdaya dan mampu akan kami berikan yang terbaik untuk baby kami ini.

Salam sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan