Ahad, 20 April 2014

Tips Menambah Air Susu Ibu (ASI)


Tips Menambah Air Susu Ibu
 
Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, amat mustahak untuk mengetahui punca-punca penghasilan susu merudum. 

Mungkinkah disebabkan oleh faktor seperti:
  Stress
  musim period
  kekurangan pengambilan kalori
  bayi beralih bulan atau dipanggil growth spurt (time ni normally dia akan menyusu lebih banyak daripada biasa)

Jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?
Ë Makan makanan seimbang terutamanya yang kaya dengan protein (ESP)
Ë Air Barli-boleh buat sendiri di rumah
Ë Makan banyak (sayuran hijau). Semakin hijau semakin baik
Ë Pengambilan air yg mencukupi
Ë Rutin mengepam (minimum 6x sehari pam, iaitu setiap 2-3jam)
Ë Ambil milk booster semulajadi jika perlu, contohnya ALFALFA.
Ë Buat power pumping.

Apa itu Teknik Power-Pumping?
Teknik Power-Pumping terbahagi kepada 2 teknik, iaitu:
 
  • Pertama: Sekiranya anda menggunakan mesin pam single atau manual, anda bolehlah mengepam:- pam kanan (10 minit) kemudian ganti kiri (10 minit).
  • Kedua: Menggunakan mesin pam Double-Pumping. Anda bolehlah mengepam:- pam 10minit, kemudian rehat 10 minit, sambung kembali pam selama 10 minit.
Kedua-dua teknik ini hendaklah dibuat selama SEJAM (1 JAM), SETIAP HARI, sehinggalah anda mendapat hasil yang memuaskan.

Cuba lihat hasilnya selepas seminggu.
JANGAN lupa BERDOA.

Sekiranya anda ingin mendapatkan TIPS menambahkan ASI, silalah hubungi saya.
Jangan segan. Jangan malu. Jangan malas.
ASI sangat baik untuk pertumbuhan fizikal dan mental bayi yang TERBAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan