Sabtu, 22 November 2014

Dia Kawan. Dia Anak.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran. Daripada kawan menjadi anak. Kawan macamana itu? Anak pula macamana? Adakah kawan sebagai kenalan? Ataupun anak sebagai anak kandungan?

Hari ini mau cerita pasal si Acho. Siapa si Acho ni? Kenapa perlu cerita pasal dia?

Dia ialah Angela Ivy Sapan, atau nama panggilannya sudah saya mention tadi- Acho. Mana kami kenal? Sudah berapa lama? Bagaimana hubungan per"kawan"an kami? Sebelum sambung cerita panjang, tengok dulu gambar dia ni.


Lawakan orangnya. Gambar ni dia dengan suami dan dua orang anaknya. Haaa. Itulah sebabnya mau cerita pasal dia.

Saya kenal dengan dia masa di bangku SMK lagi. Mana kami sekolah? Mestilah di SMK. Telupid tercinta. Kalau tidak silap, saya mula kenal dengan dia pada tahun 1993 (tingkatan 1). Sama-sama tinggal asrama lagi.

Jadi soalan macamana kenal dan berapa lama sudah kenal, sudah terjawab kan. Masa sekolah hubungan kami CUMA kenalan biasa. Biasalah, masing-masing ada kawan ataupun geng sendiri.

Selepas habis SPM, maka kehidupan kami pun masing-masing sudah. Bawa langkah sendirilah bah tu kan.

Sehinggalah pada awal tahun ini, Acho hubungi saya untuk tanya pasal produk Shaklee. Opss! Mesti ada soalan, "selama ini kamurang tidak berhubung?". Jawapannya: Secara langsung memang tiada. Tapi, nampak update juga bah dari Facebook. Ada juga "hai-hai" begitu tapi jaaaaaaarang.

Berbalik kepada cerita Shaklee.  Beberapa kali dia akan order, dan saya akan hantar. Penghantaran ini menyebabkan saya akhirnya menjejakkan muka ke KK-Times Square. Kalau tidak, nda taulah bilalah akan ke sana. Trimas Acho.

Setelah beberapa lama order-hantar-order hantar, maka terjadilah HUBUNGAN mama-anak ini.

Oleh sebab ada satu ketika beliannya melebihi RM650 yang mana melayakkan dia mendaftar secara PERCUMA, maka saya cadangkan kepadanya untuk mendaftar. Daftar apa? Mestilah mendaftar jadi ahli.

Selepas saya menjalankan tanggungjawab mendaftarkan dia dengan ID: 1150661, maka pada 3hb Jun 2014, secara rasminya dia menjadi ANAK SHAKLEE saya. Naa, itulah maksud saya tu. Anak Shaklee bah. Lagi mesra istilah "mama-anak" berbanding "upline-downline" dalam keluarga Shaklee.

Tidak dinafikan, pada mulanya dia akan meminta bantuan saya untuk mendapatkan produk Shaklee.  Tidak kiralah dari branch ataupun belian secara online.  Tetapi kini, dia adalah seorang yang sangat berdikari. Macam rindu sudah mau jumpa si Acho ni. Dulu kan selalu jumpa dia bila serahkan tempahannya.

Pada saya sebagai mama Shaklee-nya, dia seorang anak yang SANGAT RAJIN dan sangat AKTIF. Bukan sahaja dia membuat SALES yang memberansangkan, tetapi dia juga rajin bertanyakan INFO.

Itulah yang menjadikan dia sebagai anak kegemaran saya.

Sekiranya kamu mengenalinya, bolehlah menghubungi dia untuk mendapatkan info, produk dan konsultasi yang dipercayai.

Facebook: Angela Ivy
SMS/Whatsapp: +60168103797

Sebelum saya habis bercerita, semoga keluarga bahagia ini akan terus BAHAGIA dan diBERKATI selama-lamanya. Amen.



Mau cerita seterusnya? Bolehlah menghubungi kami secara terus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan