Rabu, 10 Disember 2014

Cicak di Dinding

Selamat petang semua.
Pernah atau tidak dengar lagu ini? Hmmm, cuba baca liriknya. Yang pernah dengar pasti tau ni. 

Tajuk lagu: Cicak di dinding
* Cicak cicak di dinding,
* Diam diam merayap,
* Datang seekor nyamuk,
* Ngggaaaaaaaaap!
* Lalu ditangkap!

Naaa. Rasa-rasa pernah dengar? Ini adalah antara lagu yang kami nyanyikan untuk si Abram. Mula dodoikan dia dengan lagu ni sejak umurnya kurang setahun. Sekarang dia sudah berusia setahun sembilan bulan.

Lagu ini lagu kanak-kanak dari negara Indonesia. Video klip yang ada pun semuanya dari negara ini. Ada satu yang menjadi kegemaran si Abram kami.

Kenapa hari ini saya tiba-tiba cerita pasal cicak? Ops! Bukan cicak yang mahu diceritakan. Mahu cerita tentang keCERDIKan anak kami ini. Cerdik apa?

Haaaa. Mestilah puji anak sendiri dulu, sebelum orang lain puji (sambil dalam hari cakap "koburol"). Sebabnya, dalam usia begini, tanpa TASKA, dia sudah boleh menyanyikan lagu ini SENDIRI tanpa bantuan. Bantuan siapa? Bantuan kami (orang-orang tua di sekitarnya).

Memang sebutan si anak kecil ini belum lancar seperti kanak-kanak tiga atau empat tahun. Tetapi kebanyakkan perkataannya sudah boleh difahami. Dan dia juga memahami setiap perkataan yang diajukan padanya.  Tanpa TASKA.

Syukur Tuhan atas ANUGERAH-MU yang sangat besar nilainya ini.

p/s: Rasanya anak-anak Shaklee memang hasilnya begini kan. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan