Isnin, 14 Disember 2015

Cara Saya Simpan EBM.. Kamu bagaimana??

Salam sejahtera semua.
...
Sudah lama rasanya tidak menulis ataupun membuat LAPORAN dalam laman ini.
...
Mesti ada yang NAIK hairan. Tiba-tiba saja post gambar aiskrim.
...
Ops! itu bukan aiskrim BUATAN tangan ya kawan-kawanku sekalian, itu AISKRIM EBM namanya.
...
Apa itu EBM? Haaaaaaa.. itu susu perahan ibu (sumber: badan si penulis yang menulis blog ini).
...
Stok EBM ini saya letak dalam plastik aiskrim disebabkan oleh beberapa faktor:
...
1. MURAH- dibandingkan dengan jenama plastik EBM seperti Autumz. Pakai sekali saja pun, lepas tu buang. Masalahnya TIDAK mesra alam.

2. JIMAT RUANG- peti sejuk tidak besar, oleh itu ruangan sejuk beku pun kecil saja. Bayangkan kalau simpan 30 botol dengan 3-4oz sebotol. Haaaaa, KASIHAN ayam-daging-ikan nak letak mana? Dengan cara simpan stok begini, sehingga 60 BATANG pun masih okey.

3. JIMAT BAJET- Boleh saja beli botol-botol untuk simpan stok EBM, tapi selepas habis masa PENGGUNAANnya kelak, kena fikir pula mau simpan di mana. Dibandingkan dengan sekadar simpan dalam plastik aiskrim, esok lusa BAKI plastik tu boleh buat aiskrim ESP ka, aiskrim MEALSHAKE ka... Boleh saja.

4. MUDAH- Stok EBM abangnya Ayden, iaitu Abram JUGA saya buat cara yang sama. Proses untuk mencairkan dan memindahkan EBM daripada plastik ke botol susu tidak rumit. Malahan, menyenangkan kakak mereka (adik sepupu saya yang menjaga mereka).  Ini kerana, setiap STOK ebm sudah saya buat dengan "RUMUS: 3ox untuk SETIAP plastik" mengikut keperluan baby Ayden semasa. Oleh itu, pembaziran akibat penyediaan EBM yang berlebihan dapat dielakkan.
...
Sebab itulah, saya dapat berjimat. Bukan saja JIMAT daripada membeli susu tambahan, tetapi juga dapat proses PENYIMPANAN ebm.
...
Rancangan: Tahun depan BELI dan simpan EBM dalam Peti Sejuk Beku (freezer) pula.
...
Mari saya belanja kawan-kawan semua gambar baby Ayden yang kini berusia LIMA bulan. Semoga dia akan membesar sihat FIZIKAL dan MENTAL. Amen.

Gembira dengan baju biru dan CLOTH DIAPER hijaunya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan