Jumaat, 8 April 2016

Tip Beli Kasut Untuk Elak Merana Sakit Kaki


Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya.

JENIS KASUT
Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk  digayakan dengan apa jua jenis pakaian. 

Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata. 

Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak  kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh.

Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan anda kurang stres berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stileto. 

Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.


bersambung.....

#LionizeFighters
#TheRichTitan
#TipsCantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan