Kenali Saya



Siapakah saya?
Saya Alice Alim, ibu kepada seorang anak lelaki yang kami namakan Abram Noah. Sekarang sedang mengandung anak kedua, dan juga merupakan pemilik kepada blog alicerayner.blogspot.com ini.

Kepakaran saya adalah untuk:
1.  Membantu ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan anak dengan lebih lama, iaitu menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri sebagai wanita bekerjaya, saya ingin berkongsi pengalaman menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya walaupun dalam masa yang sama saya juga bekerja.

2.  Selain itu, saya ingin membantu para ibu bapa yang inginkan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Bukan sahaja berfokus kepada kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental anak-anak.

3.  Di samping itu, saya juga ingin membantu mereka yang inginkan kesihatan mental fizikal yang maksimum dan dalam masa yang sama ingin meminimumkan KOS PERBELANJAAN kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan