Rabu, 26 November 2014

Hari Tanpa Telefon Bimbit

Mari cerita pasal telefon bimbit (HP). Masihkah dapat hidup tanpanya? Bukan sejam. Bukan 10 jam. Tapi 24 jam. Dapat?

Semalam adalah hari tanpa internet HP. Ntah kenapa, apa terjadi dengan HP yang selama ini berfungsi dengan baiknya. Tiba-tiba menghukum saya dengan keadaan ini.

Tanpa internet, saya tidak dapat ber-:
i. whatsapp

ii. wechat

 iii. tentunya FB

 Tetapi, bagi saya, hari tanpa internet "agak" menyenangkan. 
Ini kerana saya tidak tertanya-tanya mesej apakah yang sampai apabila HP berbunyi.

Walau bagaimanapun, hari ini lebih menang berbanding semalam.
Kenapa?

Ops! Jangan salah sangka. Bukan tiada Blackberry ya. Tapi TIADA telefon bimbit.
 
Tetapi, disebabkan latihan semalam tanpa internet. Hari ini berlalu tanpa ada kerisauan.
Tanpa terasa ingin bunuh diri.
Heheh. Jangan tidak percaya. Ada orang yang sanggup berbuat demikian apabila tidak ber-HP.

Kalian pula bagaimana? Kongsikan bersama pengalaman anda di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan