Jumaat, 8 April 2016

TANPA PANADOL

HILANGKAN MIGRAIN TANPA PANADOL
===============================

Sering sakit kepala atau migrain? Sakit rasa macam nak hantuk kepala di dinding. Berikut adalah beberapa tips untuk kurangkan sakit kepala secara alami tanpa Pain Killer. 

1. Ketahui punca anda sakit kepala - mungkin kerana anda stress, terdedah kepada cuaca yang sangat panas, atau mungkin anda kurang minum air. Maka, anda perlu elakkan punca-punca tersebut. 

2. Urut perlahan kepala dan muka untuk mengurankan tekanan dan ia meningkatkan aliran darah. 

3. Berehatlah. Mungkin anda kurang rehat. Berbaring, pakai pakaian yang longgar. Pastikan suhu bilik nyaman. Tutup lampu supaya mata anda dapat berehat sepenuhnya. 

4. Basahkan tuala dengan air sejuk dan letak di kepala 10-20 minit. 

5. Mandi untuk turunkan suhu. Petua orang lama - masukkan limau kasturi dan ramas kemudian basahkan kepala. Ia akan menyejukkan kepala. 

6. Minum air kosong  8-12 gelas sehari. 

7. Elak terdedah secara terus dari cahaya matahari - gunalah payung dan cermin mata hitam untuk pelindungan panas mentari. 

8. Jika anda ada masalah rabun - mungkin power mata dah naik. Berjumpalah doktor mata untuk pemeriksaan mata. 

9. Amalkan Supplement Bcompleks & Ostematrix
Magnesium berupaya mengurangkan sakit kepala atau migrain, Ostematrix juga membantu tidur dengan lena dan tenang. B- Complex berfungsi menstabilkan hormon dalam badan juga mengurankan tekanan atau stress. Vitamin B2 dan B6 terbukti mampu mengurangkan masalah sakit kepala.



Kedua-dua supplemen ini  mengelak daripada berulang terlalu kerap. 

#TheRichTitan
#LionizeFighters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan