Isnin, 22 Februari 2016

CB @ Cirit-birit

Hai semua.
.
.
Hari ini mau cerita pasal "sakit sementara" iaitu CIRIT BIRIT.
.
.
Pastinya semua orang pernah mengalami keadaan di mana kita kerap membuang air besar dan lebih baaaaanyak daripada kebiasaan kita.
.
.
Keadaan ini selalunya berlaku akibat jangkitan bakteria ataupun virus dalam perut kita yang akhirnya mengganggu sistem penghadaman kita.
.
.
==================================================
Berikut adalah beberapa FAKTA mengenai CB yang mungkin kita PERLU TAHU:

1. Boleh menggugat NYAWA, sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa rawatan.

2. Menyebabkan badan kehilangan banyak air.

3.  CB adalah PEMBUNUH kedua tertinggi kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah.
==================================================
Walaupun begitu, CB masih dapat dihalang dan dicegah.
.
.
Melalui:
1.  Bekalan air minum yang selamat. 
Air yang tercemar merupakan faktor utama penyakit berjangkit di negara-negara membangun. Oleh itu, kita tidak tahu kualiti air yang kita anda. Maka, rawat (masaklah) air sebelum diminum. Kalau masih belum pasti air itu cukup bersih atau tidak, gunalah GET CLEAN WATER SET. Kami guna ini di rumah. Senang dibawa ke sana ke mari.

2. Membasmi kuman dengan menjaga kebersihan tandas (menguruskan sisa buangan dengan lebih baik). 
Pastikan tandas kita sentiasa dalam keadaan yang bersih. Bukan mangkuk tandas sahaja, tetapi juga "kawasan" tandas dan persekitarannya. Selain itu, kain untuk membersihkan tandas tidak seharusnya digunakan untuk membersihkan kawasan rumah yang lain. Untuk memudahkan proses membesihkan tandas, kami menggunakan Basic H Shaklee.

3. Mengamalkan kebersihan tangan. 
Membasuh tangan dengan sabun dan air. Hand dish wash juga boleh digunakan untuk membasuh tangan dengan kesan yang lembut.

4. Kebersihan Makanan.
Apabila kita dapat menjaga kebersihan makanan dengan baik, kita secara langsung dapat mencegah CB akibat keracunan makanan. Terdapat beberapa cara untuk memastikan kebersihan makanan kita terjamin.
** semasa proses penyediaan makanan berlaku. Bersihkan dapur, alat memasak dan pinggan mangkuk dengan bahan pencuci dan air panas.
** menyimpan makanan mentah dan masak secara berasingan.
** masak makanan secara rata.
** menyimpan makanan dalam peti sejuk (menghalang pertumbuhan bakteria).


=================================================
Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anda mempunyai POTENSI akan mengalami sakit CB ini.

1. Najis cair.
2. Kerap "ingin' menggunakan tandas.
3. Sakit atau kejang perut.
4. Mual dan muntah-muntah.
5. Deman.
6. Hilang selera (makan atau minum).
7. Dehidrasi.

Untuk pengetahuan kita semua, sakit ini biasanya akan hilang selepas beberapa hari. 
.
.
Oleh itu amat penting untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi pada waktu serangan.
.
.
Minum air dengan banyak.  Pengambilan minuman isotonik seperti 100Plus adalah disarankan. Namun, adalah lebih baik untuk mengambil minuman KURANG GULA seperti PERFORMANCE DRINK SHAKLEE.
.
.
Secara keseluruhannya, kita bolehlah mengambil suplemen berikut semasa mengalami serangan CB pada diri kita.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
Setiap pembelian akan diberikan konsultasi secara
PERCUMA, 24 JAM SEMINGGU, SEPANJANG HAYAT.
Alice Alim
SID: 931581
SMS @ Whatsapp @ Wechat: +6011-1953 6840
Facebook: Alice Rayner
Adalah diingatkan bahawa, produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan