Khamis, 17 Mac 2016

EBM mencair: Kesedihan Melanda

Cerita semalam.

Bangun pagi, rutin macam biasa. Minum air sambil makan vitamin C 500mg. 

Terus ke bilik mandi, bersiap sedia untuk keluar bekerja.

Macam biasa, sebelum keluar, saya sediakan dulu bekalan EBM untuk stok Ayden hari ini. Maklum saja, Ayden kan menyusu ASI mamanya ni, "mahal ba susu formula".

Kejutan berlaku bila saya buka peti sejuk. Saya tengok macam ada titik-titik air saja. Pegang stok EBM Ayden yang saya simpan dalam plastik aiskrim... 

OMG!
OMG!
OMG!

Stok sudah cair. Dapat teka kenapa? Bukan sebab peti sejuk rosak. Bukan sebab peti sejuk terputus sambungan elektrik. Bukan juga sebab peti sejuk kehabisan gas. 

Jadi APA?

KENAPA?

BAGAIMANA?

Satu-satunya kebarangkalian yang akhirnya terjadi.  EBM menjadi cair akibat PINTU PETI SEJUK yang TIDAK tertutup rapat.

ADUH!

Ini mesti kerja sang anak kecil bernama Abram.

Kesukaan dia tu. Masa mamanya masak di dapur, dia sibuk membuka peti sejuk. Dengan keTINGGIannya sekarang sememangnya dia tidak dapat buka peti sejuk. Tapi dengan kePINTARannya, dia tarik kerusi dan panjat naik buka pintu peti sejuk.

Adoi anak! Kamu sangat PINTAR!

Maka, dengan dukacitanya disahkan, 70% stok si kecil Ayden cair dan HARUS DIMINUM HARI itu juga. Kalau tidak, EBM itu perlulah dibuang begitu saja.

Bayangkan betapa ranapnya hati si ibu, iaitu saya. Kalau mungkin EBM mencair disebabkan bekalan elektrik terputus, boleh lagi diterima.

MENANGIS SEPANJANG HARI...

Pengajaran dalam cerita ini:
1. Periksa semua kelengkapan elektrik sebelum tidur/ keluar rumah.
2. Anak yang masih kecil tidak menandakan bahawa "OTAK" mereka juga kecil.
3. Jadilah ibu bapa yang sentiasa bersiap sedia menghadapi apa juga kemungkinan.

Doa: Terima kasih Tuhan. Berkatilah anak-anak kami. Amen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan