Jumaat, 18 Mac 2016

MERBAHAYA: KELEMAHAN DAYA INGATAN

Selamat pagi, hari ini mau cerita tentang diri ini yang semakin kekurangan daya ingatan ataupun MEMORI yang melanda.

Sebelum meneruskan cerita hari ini, mau cerita dulu kejadian semalam.

Rabu lepas, hari ni kan hari Jumaat, dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja, saya dan suami singgah kedai runcit yang selalu kami pergi.  Kedai tu namanya "Istana Ayam Tua".

Dipendekkan cerita, tujuan utama singgah sana ialah sebab mau beli plastik aiskrim. OpS! Bukan mau buat aiskrim sumi-sumi yang popular sekarang dalam facebook tu ya, BUKAN.
Plastik ni saya guna untuk simpan stok EBM si Ayden.

Ok! Kemarin hari Khamis, dengan gembiranya saya mengepam di pejabat, seperti biasa. Tapi, bila mau simpan stok, periksa punya periksa, plastik yang dibeli tu tertinggal di rumah.

Haaaaaaaaa.. Tanda awal yang bahaya ni. LUPA!

Maka, disebabkan plastik yang tertinggal, stok EBM terpaksa saya simpan dalam botol, yang sebenarnya saya gunakan untuk menegepam. Bawa balik rumah kemudian pindah masuk dalam plastik sebelum masuk peti sejuk.

Kebiasaannya, awal pagi di pejabat, saya akan steril dulu botol dan alat-alat mengepam saya. Mestilah tidak termasuk mesin pam. Hari ini, saya buat rutin yang sama.

OK! OK! OK!

Sekali lagi simptom bahaya itu datang.

Apa dia? Dapat teka bah kan.

YES!!!

Botol semalam tertinggal di rumah. Plastik aiskrim juga ada di rumah. Diorang "tag-team" sedang baring-baring bersiul-siul di rak dapur.
Macamanalah ini? Lebih kurang beginilah saya tadi.

Nasib baik hari ini hari Jumaat. Masa rehat kan lebih panjang berbanding hari bekerja yang lain. Syukur!

Maksudnya, hari ini saya akan PULANG rumah pada masa rehat. OKlah tu, dapat manja-manja sama anak-anak di rumah.

Apapun, selamat berhari Jumaat semua.
Pengajaran:
1. Kalau sudah tau ingatan tu sudah "agak" lemah kekuatannya, kemaskanlah awal barang-barang yang perlu dibawa ke pejabat pada malam sebelum tidur.

2. Untuk kesihatan daya ingatan jangka panjang, makanlah suplemen yang dapat membantu menguatkan daya ingatan seperti LECITHIN. Cara sebutnya= ley-si-tin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan