Ahad, 10 April 2016

MINYAK MASAK TERPAKAI MENGANDUNGI TOKSIK




Toksid dalam badan kemungkinan daripada makanan yang anda sediakan! Fuh! Betul ke?

Mungkin ramai ibu-ibu selalu amalkan tabiaat ini. Guna minyak masak berulang-ulang sebab sayang nak buang atau kita tengok warnanya masih ok. 

atau pernah tak kita beli cucur yang bergoreng ditepi jalan atau pasar malam, minyak pun dah warna lain? tapi selamba aje kita beli? 

Tahukah anda, penggunaan minyak masak untuk menggoreng berulang-ulang adalah bahaya untuk kesihatan kita dan keluarga? Kerana sayang minyak, kita bahayakan kesihatan keluarga. 

Minyak masak yang digunakan untuk menggoreng karbohidrat pada suhu yang tinggi misalnya kentang akan menghasilkan  bahan toksid  acrylamide. 

Bila gunakan semula secara tak langsung kita akan mengambil acrylamide ke dalam tubuh.  

Antara risiko kesihatan disebab penggunaan minyak berulang-ulang adalah : 
•  Badan bertoksid
•  Penyakit Jantung
•  Alzheimer’s and Parkinson’s 
•  Masalah saraf dan kesuburan. 

Jadi lepas ni hati-hati ya. Mungkin kita boleh gunakan minyak dalam kadar yang sedikit supaya lebih jimat dan tak sayang jika nak buang. Atau lebih banyak memasak dengan cara merebus, grill atau steam untuk lebih sihat. 


#TheRichTitan
#TipsSihat
#LionizeFighters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan